Ziarah Kasih : Syah Fazli Bin Abd Ghani, Pantai Rombang
Saya bersama En Hafiz dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuat lawatan ke kediaman Pn Siti Halijah di Pantai Rombang bagi meninjau keadaan anaknya, Syah Fazli Bin Abd Ghani, yang sedang sakit dan terlantar.
Lawatan ini bertujuan untuk menilai keperluan permohonan katil elektrik bagi membantu keselesaan serta penjagaan pesakit. Semoga segala urusan dipermudahkan dan bantuan yang diperlukan dapat disalurkan dalam masa terdekat.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MelakaSayangRakyat