28 Januari 2026 | Rabu
Alhamdulillah, pagi ini saya turun bersama dalam lawatan tapak bagi Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi) yang dikelolakan oleh JPKKB Tanjung Kling, melibatkan usaha semaian dan tanaman komersial cendawan tiram.
Turut bersama dari Jabatan Pembangunan Negeri Melaka, En Ridzuan Penghulu DUN Pantai Kundor mewakili Pejabat Daerah Melaka Tengah serta Pn Mastura wakil dari KEMAS.
Program ini bukan sahaja berpotensi menjana pendapatan komuniti setempat, malah menyokong agenda keterjaminan makanan serta pemerkasaan ekonomi rakyat di peringkat akar umbi.
Semoga inisiatif ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi impak positif yang berterusan kepada masyarakat setempat.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat