25 Januari 2026 | Ahad
Alhamdulillah, pada petang ini saya telah menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan MARA anjuran Wanita UMNO Bahagian Tangga Batu kepada 50 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6 dari seluruh Bahagian Tangga Batu.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Rais Yasin yang bersama-sama menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada para pelajar.
Diharapkan agar sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban keluarga serta membantu melengkapkan keperluan persekolahan para pelajar, seterusnya menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik mereka.
Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin
#PantaiKundorDihati
#MelakaSayangRakyat
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia