𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐃𝐈 𝐒𝐌𝐊 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐆𝐄𝐋𝐀𝐌
12 Januari 2026
Bersempena hari pertama pembukaan sesi persekolahan tahun 2026, saya berkesempatan mengiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka dalam lawatan rasmi ke SMK Kampung Gelam, Tanjung Kling.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Datuk Seri Utama kerana telah memilih SMK Kampung Gelam sebagai destinasi lawatan rasmi pada tahun ini. Semoga lawatan ini terus menyuntik semangat serta motivasi kepada warga pendidik dan para pelajar dalam memulakan sesi persekolahan baharu.
Ab Rauf Yusoh
#BijakLaksanaTuah
#BeraniLaksanaJebat
#MelakaSayangRakyat
#ManaLagiMelakaLer