13 Januari 2026 – Lawatan Kerja
Lawatan kerja sehari telah diadakan bagi meninjau tapak tanah serta perkembangan pelaksanaan pembangunan ekonomi yang dirancang oleh MCORP dan Kerajaan Negeri Melaka bagi pembangunan German Technology Park (GTP).
Lawatan ini turut melibatkan peninjauan pelaksanaan kerja-kerja projek penyiapan bangunan Galeri Jualan German Technology Park. Kawasan ini merangkumi kira-kira 400 ekar lot tanah yang sedang dibangunkan dan dijangka menjadi pemangkin kepada transformasi ekonomi Negeri Melaka ke arah industri berteknologi tinggi. Kawasan pembangunan ini terletak di Air Panas, Jasin.
Pembangunan ini bakal menjadikan Melaka sebagai pusat teknologi hijau dan tenaga mampan, selain memfokuskan kepada automasi dan industri berteknologi tinggi. Ia juga berperanan dalam memperkukuhkan TVET, menarik pelabur strategik, serta mewujudkan peluang ekonomi kepada usahawan, termasuk usahawan wanita, di samping menyediakan peluang pekerjaan berkualiti kepada anak tempatan.
Lawatan seterusnya adalah ke tapak pelaksanaan Halal Hub 2.0, di mana kerja-kerja pembangunan sedang giat dilaksanakan. Halal Hub 2.0 merupakan kawasan berstatus HALMAS bagi taman perindustrian yang terletak di Serkam, Jasin. Status HALMAS ini memenuhi standard dan piawaian halal yang ditetapkan oleh Kerajaan, sekali gus berpotensi menarik pelabur antarabangsa.
Lawatan ini turut disertai oleh Tuan Hairulzamani Othman, Pengurus Kanan Perindustrian & Perniagaan Strategik, MCORP, bersama para pelabur bagi meninjau kawasan Halal Hub 2.0 di Serkam, Jasin.
Pembangunan kawasan-kawasan perindustrian baharu ini membuka ruang kepada pelabur luar negara untuk datang ke Melaka bagi merebut peluang dalam pembangunan ekonomi Negeri Melaka.
Ab Rauf Yusoh
#PantaiKundorDihati
#BijakLaksanaTuahBeraniLaksanaJebat
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#mcorp